OBJEKTIF BIRO USAHAWAN PAMJ SESSI 2011-2013:
- Memberi khidmat kepada ahli-ahli PAMJ, yang berdaftar.
- Menerbit business direktori PAMJ.
- Menggalak business networking sesama ahli.
- Menganjur aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keusahawanan yang boleh memberi manfaat kepada semua ahli seperti ceramah, lawatan, bengkel-bengkel dsbnya..
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau cadangan, silalah hubungi biro di: birousahawan.pamj@gmail.com
Monday, 17 October 2011
PERPADUAN & EKONOMI UMMAH
Pada 12 Oktober 2011, satu seminar yang dinamakan ''SEMINAR PERPADUAN & EKONOMI UMMAH'' telah dianjurkan diDewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia dan dirasmikan oleh Y.A.Bhg Tun Mahathir Mohamad.
RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET 2012
Bajet 2012 dibentangkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia pada 7 Oktober 2011
Ringkasan Pembentangan Bajet 2012
Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam
- Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
- Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
- Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
- Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
- Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
- Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
- Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
- Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
- Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
- Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
- Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
- Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Bonus Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
- Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
- Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
- Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir
- Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
- Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
- Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
- Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Jika dibandingkan dengan Bajet 2011, bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya. Diharap Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Bajet 2013) pada persidangan akan datang.
Sumber Berita: Malaysiakini, Gambar: Portal RTM
Wednesday, 27 July 2011
DIREKTORI USAHAWAN PAMJ
Bagi tujuan ini, anda mestilah terlebih dahulu menjadi ahli PAMJ & sila emelkan maklumat berikut kepada pihak biro. Bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli, sila layari facebook link PAMJ FFC: https://www.facebook.com/groups/209227445765277?ref=ts
Untuk kebaikan & menafaat semua ahli PAMJ, penyertaan tuan/puan amatlah dialu2kan.Terima kasih.
Nama: ........................................
No. Keahlian:............................. (Ahli Biasa/Ahli Seumur Hidup)
Nama Syarikat/Perniagaan: ........................
Alamat: .........................................................
Jenis Perniagaan: ........................................
Produk/Servis: .............................................
No.Tel: Bimbit:................ Pejabat:..............
Alamat emel: ................................................
Alamat Website/Blog/facebook:..................

Wednesday, 15 June 2011
APA ITU UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA (TERAJU)?
| ||||||||||||
![]() Pejabat Perdana Menteri | ||||||||||||
1. Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) telah pun menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menerajui, mengurus serta memacu inisiatif bagi memperkukuhkan agenda pembangunan bumiputera. 2. TERAJU terdiri daripada lima bahagian utama, setiap satu dipertanggungjawabkan untuk bidang berikut: i. Keusahawanan dan penciptaan kekayaan; ii. Pembiayaan; iii. Pendidikan dan Penggajian; iv. Penilaian Institusi & Instrumen Polisi; dan v. Pengurusan Stakeholder. 3. Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan TERAJU ditetapkan seperti berikut: i. Memastikan hasil yang pantas dan efektif – termasuk menilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera yang sedia ada untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan; ii. Meningkatkan keberkesanan Institusi – Menilai institusi-institusi yang terlibat dengan Agenda Bumiputera untuk merasionalisasikan fungsi-fungsi institusi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan; iii. Program Pengurusan dan Sokongan Aktif– TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baru, mengenal pasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan; dan iv. Penilaian Keberkesanan– Memastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus adalah jelas, iaitu penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Seterusnya TERAJU akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan, sekiranya perlu. 4. TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang dikenalpasti bagi memantapkan inisiatif yang dilaksanakan, menilai program yang sedia ada serta menyelaraskan pelaksanaan program-program. Untuk lebih memahami isu-isu serta sentimen yang berkaitan, TERAJU akan sentiasa bekerjasama dengan pihak NGO serta stakeholder yang lain dan akan memberi cadangan yang bersesuaian kepada MTAB. TERAJU telah pun mula merancang, serta melaksanakan Program Transformasi Agenda Bumiputera (PTAB), mirip kepada Program Transformasi GLC yang diperkenalkan pada tahun 2004. 5. Encik Husni Salleh telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP, dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan serta Modal Teroka (Venture Capital). 6. Selain itu, Urusetia Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) akan juga diletakkan di bawah TERAJU. Program SJJB ini merupakan salah satu agenda untuk mempertingkatkan kemampuan usahawan Melayu dalam bidang ekonomi khususnya dalam pemilikan ekuiti. Melalui SJJB, kerajaan ingin menambahkan lagi bilangan syarikat Bumiputera yang telah dan akan disenaraikan di Bursa Malaysia baik di papan Utama ataupun ACE. SJJB hari ini digerakkan oleh sebuah Urusetia di bawah Kementerian Kewangan. 7. Setakat ini, sudah ada lima syarikat Bumiputera di bawah skim ini yang telah pun tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat tersebut ialah Handal Resources Berhad, Lityan Holdings Berhad (sekarang dikenali sebagai Theta Edge Berhad), Malaysian Genomics Resource Centre Berhad, Cypark Resources Berhad dan Century Software Holdings Berhad. Pada tahun ini dijangkakan lima buah syarikat Bumiputera akan disenaraikan. Jumlah ‘market capitalization’ akan meningkat melebihi paras RM1 bilion pada tahun ini, dan kita berharap ini dapat digandakan kepada RM2 bilion pada pertengahan tahun hadapan. |
Subscribe to:
Comments (Atom)